Sunday, April 18, 2010

:: Pharel, Rachel & Luna

Pharel, handsome, happy go lucky. Mempunyai seorang teman yang sangat rapat sejak kecilGembira setiap hari bersama Rachel. Bermain basketball bersama2. Berhujan berpanas dan berteduh bersama.
Kegembiraan mereka telah terganggu dengan kehadiran Luna.
Gadis ayu yang bersikap dingin. Pharel amat menginginkan Luna. Berusaha keras untuk mendapatkan Luna. dengan bantuan Rachel, Luna akhirnya menerima Pharel. Pharel telah mempunyai teman baru, Luna. Rachel semakin dilupakan. Teman yang banyak membantunya untuk mengejar cinta hatinya. Tanpa disedari, Rachel menyimpan perasaan pada Pharel. Berusaha untuk merubah dirinya daripada tomboy kepada gadis lemah lembut seperti Luna dengan harapan Pharel akan kembali kepadanya. Rachel gagal. Pharel tetap bersama Luna dan mereka telah berjanji sehidup semati. Rachel semakin sedih dan terluka dengan Pharel. Saban hari mengisi masa lapangnya seorang diri, tanpa Pharel lagi. Mencuci kereta seorang, duduk di rumah atas pokok juga seorang.
Suatu hari, Rachel terdengar Pharel telah melamar Luna.
Rachel sangat sedih sehingga tidak mahu hidup lagi.
Semasa berlari untuk menjauhkan diri dari Pharel, Rachel telah terjatuh ke dalam jurang yang dalam hingga kakinya cedera parah dan terpaksa di potong.
Rachel juga baru mendapat berita bahawa Luna mempunyai penyakit hati, dan tidak akan hidup lama melainkan Luna menerima organ hati dari penderma. Rachel berasa simpati terhadap Pharel. Tidak sanggup Rachel melihat Pharel kesedihan kerana Luna. Rachel membuat keputusan untuk menderma hatinya kepada Luna. Rachel juga tidak mahu hidup lagi kerana tanpa kakinya, dia tidak dapat bermain basketball lagi disamping dia juga akan kehilangan Pharel selamanya.
Akhirnya, Luna sembuh dan Rachel sudah kembali kepada Tuhan.
Luna dan Pharel berkahwin dan bahagia.

* Aku ingin jadi Rachel ; berkorban nyawa demi cinta
* Aku juga ingin jadi Luna ; dapat bersama Pharel selamanya





::scha::

No comments: