Sunday, April 18, 2010

:: Kerana Percayakan Siti

Siti.
Siapakah Siti.
Yang pasti bukan kawan aku.
Mungkin kawan dia.
Atau kawan mereka.

Percaya pada Siti?
Bolehkah Siti dipercayai?
Jawapan adalah boleh.
Siti sedia mendengar masalah dia.
Dan masalah mereka.
Tanpa mengira masa dan ketika.

Kenapa Siti?
Aku tiada jawapan untuk ini.
Dia sering bercerita kepada Siti.
Mereka juga banyak bercerita kepada Siti.
Tapi aku tidak kenal siapa Siti.
Bagaimana aku hendak bercerita pada Siti?

Benci Siti??
Berhakkah aku nak benci Siti?
Kerana Siti aku hilang nyawa.
Kerana Siti aku hilang dia.
Aku tidak lagi penting.
Siti adalah segalanya.
Siti.. Perlukah aku jadi Siti?

Bagaimana nak benci Siti?
Aku tak kenal Siti.
Tapi Siti mungkin kenal aku.
Dia juga kenal Siti.
Bagaimana Siti kenal aku?

Bagaimana?
Aku tiada jawapan.
Mereka tiada jawapan.
Siti juga tiada jawapan.
Hanya dia yang ada jawapan.

Kepada....
Siti   : Sungguh bertuah Siti
Dia    : Aku tidak lagi berkecil hati
Mereka : Jagalah Siti
Aku    : Bermimpi untuk jadi Siti



::scha::

No comments: