Friday, February 11, 2011

:: Serangan Secara Senyap dan Ghaib...

Entry sebelum ni aku ada cerita pasal tanda2 jatuh cinta, entry kali ni takde kena mengena dgn cinta, kasih dan sayang, tapi ia adalah berkaitan dengan tanda2 diganggu ilmu hitam. So, ade beberapa tanda2 dan cara2 mengatasi dan mengubati serangan ghaib sama ada ilmu hitam, sihir ataupun gangguan makhluk halus untuk dikongsi bersama. Sebagai seorang yang pernah mengalami sendiri pengalaman terkena gangguan sihir dan makhluk halus ni, sedikit sebanyak aku nak kongsi pengalaman aku sendiri okeyh ; enjoy readingg..

1) Sentiasa alami gangguan semasa / sebelum tidur ;

Sukar untuk tidur, sentiasa terganggu semasa / sebelum tidur. Alami mimpi yang aneh / menakutkan, sering tersedar dengan tiba-tiba semasa tidur, terasa di tindih semasa tidur, gangguan fikiran sebelum tidur.

Pengalaman aku ;
Aku dengar bunyi2 pelik diwaktu hendak tidur seprti bunyi tapak kaki, bunyi bising mcm kat pasar, bunyi org gelak2 dan berbual tapi tak bole paham ape yg dorg cakapkan, rasa macam ade byg2 hitam nak hempap kite time nak tutup mata dan juga gangguan2 bunyi lain2 yang akan menyebabkan aku tak boleh tidur....

2) Dada / Jantung sentiasa berdebar-debar ;

Alami penyakit dada / jantung berdebar dengan tiba-tiba (anda tidak tahu penyebabnya dan tidak boleh dikawal)

Pengalaman aku ;
Aku nafas mmg sesak gile, susa nak bernafas. Rasa termengah2 tapi langsung takde kuar peluh. Tapi cek hospital doktor kata sume normal and fine2.. So what else??

3) Hilang selera makan ;

Gangguan selera makan dengan tiba-tiba dan berat badan turun dengan mendadak.

Pengalaman aku ;
Haaaa, this is so true.  Selama 7 hari aku terkena benda ni, selama tu la aku langsung takde mood nak makan dan minum. Bau nasik pun macam nak muntah. Minum pun setakat nak basahkan tekak dan bibir yang semakin merekah sbb dehydrated, berbeza dgn diri aku yg terkenal dgn kegemokan dan KUAT makan… Akibatnye, aku turun berat badan 6kg selama 7 hari… Slim sekejap… Best best… ^_^   

4) Kesan lebam pada tubuh ;

Terdapat kesan lebam tanpa tahu puncanya. Kesan lebam ini terutamanya disekitar tangan, betis, lengan dan peha.

Pengalaman aku ;
Memang ade some part kt badan akan ade kesan lebam tanpa diketahui sebab jadi lebam tu. Tibe2 je ada. Aku selalu ade kt lengan dgn peha. Juga belakang badan. Yg ngeri kt lengan tu kesan lebam kesan seperti kena cengkam dgn kuat, bentuk jari2… heeeee~

5) Ternampak / terdengar sesuatu yang pelik ;

Sering ternampak perkara pelik. Terdengar bisikan di telinga untuk melakukan perkara pelik seperti mencederakan diri sendiri, mencederakan orang lain, melakukan perkara yang tidak pernah dibuat sebelum ini. Bisikan ini biasanya meghasut untuk kearah perkara yang bersifat jahat, halusinasani dan sebagainya.

Pengalaman aku ;
Selalu nampak bayang2 seperti angin/asap bewarna hitam masuk melalu celah2 tingkap dan lubang2, lembaga hitam main cak2 di balik pintu, boleh tgk alam lain tapi bukan direct eyesight, dia secara indirect mcm dari reflection cermin dan benda2 berkilat dan byg2 dalam air.. Lepas tu nampak awan berbentuk2 kartun, baby, nombor2, bangunan dan mcm2 lagi.. Pelik je org2 sekitar bile aku cerita apa yg aku nampak.. Lepas tu kite selalu confuse and blur, tak tahu kite tgh mimpi atau reality. Some benda yg kite nampak adalah tak logic. Mcm diawang awangan.. and mungkin juga tgh berhalusinasi. Tapi sume mcm REAL! Tak percaya? Lebih baik percaya...

6) Kelihatan seperti orang kebingungan ;

Ketakutan meresap dalam dirinya sehingga dia tidak dapat  tinggal bersendirian atau berada di tempat yang sepi.  Seolah-olah ada satu kekuatan misteri yang telah memadamkan keberaniannya. 

Pengalaman aku ;
Orang selalu tgk kite mcm tgh blur ataupun termenung, padahal masa tu kite tgh pelik nak interpret apa yg kite tgh nampak. And tgh blur, mimpi ke real ni.. Sbb sume benda mcm real tp sebenarnya x logic.

7) Sering merasa diikuti oleh seseorang ;

Tujuannya tentu sahaja membuat mangsa takut dan menderita dengan ketakutannya.  Kerana kita ketahui bahawa perasaan takut merupakan perkara yang akan melemahkan seseorang.  Inilah caranya pengamal ilmu sihir menggunakan sihirnya bagi melemahkan orang yang dituju.

Pengalaman aku ;
Selalu macam ternampak2 ade je orang follow. Bukan dari pandangan direct, just dari ekor2 mata (indirect eyesight). Macam nampak org berlari mengejar kt sebelah kereta (kalau tgh driving).

8) Suhu badan menjadi tak menentu ;

Pengalaman aku ;
Suhu badan jadi tak menentu, kejap panas, kejap sejuk macam ice. Bila tgh sejuk macam ice tu, kulit akan jadi sangat pucat lesi mcm xde darah. And ke semua kuku akan jadi kebiruan. Badan kite pun akan rasa seperti ade getaran satu badan. Macam tak logic, tapi ni la yg aku alami…


Petua dan cara untuk mengatasi penyakin ghaib ini. Ada mcm2 cara, tapi aku share cara yg aku dah buat and terbukti berkesan. Tapi sumenye daripada pertolongan ALLAH Taala, Semua yg baik adalah daripadaNya.

1.      Kuatkan dan kentalkan hati untuk melawan jin atau pun perkara ghaib itu. Tak boleh mengalah dan cepat putus asa. Kalau kite lemah, jin syaitan akan lebih berani.
2.      Amalkan bacaan ayat Kursi dan ayat 4 Kul sepanjang waktu. Aku baca masa dlm kereta, kt office, kat rumah and ke mana sahaja.
3.      Kurangkan activity keluar malam dan keluar dari rumah dan banyakkan berehat dirumah sambil mengamalkan bacaan ayat alQuran.
4.      Tampal ayat2 alQuran di sudut2 rumah, di bilik tidur, dan tingkap2.
5.      Dapatkan nasihat ataupun berubat dari yang pakar agama.
6.      Banyakkan berdoa dan bertawakal.
7.      Jgn tinggal sembahyang.
8.      Sebelum tidur, baca al Fatihah, 4 Kul, and 3x ayat kursi. Insyaallah, boleh tidur.
9.      Jangan selalu bersendirian.
10. Org yang berada dirumah selalu sambut dgn ayat Kursi sewaktu hendak keluar dari rumah ataupun pulang ke rumah.

FAKTA : aku ada pegi berubat kat sorang atuk ni, tapi 3 hari lepas berubat, aku dapat berita atuk tu meninggal dunia. Mungkin kebetulan dan dah sampai ajal dia. ALFATIHAH untuk atuk tu, aku tak tau nama dia….


:: nooraiysah ::

No comments: