Monday, February 7, 2011

:: Sempurnakan Hidup

Dah dekat setahun. Aku tak pernah tulis panjang jela-jela. Tak sempat sebab banyak assignment dan kerja pejabat, kadang-kadang buat aku mual dan sakit perut. Baru-baru ni, benda paling besar berlaku dalam hidup aku. Tak pernah berlaku sebelum ni, tapi benda tu sangat memberi impact. Semua aktiviti harian berubah bertukar seiring peredaran zaman. Tiada lagi suara mak untuk kejut aku bangun pagi, tiada lagi halau kambing petang-petang, tiada lagi kedai wak cok, tiada lagi omelan mak suruh sembahyang bila masuk waktu, blab blab blab....  Ape benda besar sgt seperti yang digebang2kan tu? 
haaa ; aku telah tak tinggal dengan mak aku lagi.. Aku dah tak duduk jb lagi...

    2011 dah nak masuk bulan yang kedua. Aku dengan hidup aku yang bahagia tanpa menghiraukan masalah orang lain. Taknak fikir benda-benda yang mengusutkan minda, malas nak ingat kenangan lama yang menyakitkan jiwa, nak buang jauh-jauh benda yang dah jauhhh aku tinggalkan.

   Sekarang aku bergiat berhuru hara untuk mengejar masa depan yang indah. Juga berungkus lumus untuk mencorakkan kembali kehidupan yang baru supaya lebih sempurna dan bahagia hendaknya, tanpa perlu berdolak dalik dan penuh keplastikan seperti yang kebanyakan orang kaya buat. Kenapa? Sebab aku tak kaya. Tapi aku ada segalanya untuk hidup dan aku gembira kan sayang?

   Mestilah gembira. Mak ada, ayah ada, along ade, kak pia ade, syapique ade, angah ade, kak murni ade, baitul ade, ikin ikan ikun ade, kakak nyongel ade, aus mancung ade... Sempurnalah hidup ini dengan kehadiran yang tak pernah putus-putus oleh ahli-ahli tingkap keluarga tersayang sekalian. Dan dan dan... Sesungguhnya kesempurnaan itu telah dimantapkan lagi oleh si cinte yang saban hari membuat aku semakin riang tertawa gembira sehingga terlupa kisah silam yang sangat menyayat hati sanubari. Terima kasih keluarga, terima kasih cinta...

   Sekarang, dengan rumah baru, kehidupan baru, kerja baru, office baru, suasana baru, aku menginginkan perubahan yang besar yang memberi makna dalam kehidupan aku yang telah mencecah 21 tahun ini. Indah bukan apabila setiap pagi pergi kerja mendapat kucupan sayang dari yang tercinta di dahi tanda merestui hari kita. Salam sambil mencium tangannya tanda hormat yang teramat kepadanya.. Balik keje dia adalah org pertama yang kite jumpa. Pergi dan balik dihantar si dia.. Itu aku mahu. Aku mahu dia..

   Hmmmph... Rindu mak. CNY tak balik Johor. Sebab tolong along pindah rumah. Rindu mak. Rindu semua kat KMJ. Sayang, nanti cuti panjang sikit kite balik JB ok. Org kangen dah kat kmj tuh. ok? Tapi, dua tiga hari ni kelopak mata belah kiri ni tergedik3 macam tuan dia. Kenapa ek? Semalam dah dapat satu; jari tersepit pintu kereta. Boleh tahan sakit sampai nangis. Nasib baik si cinta ada.. Terima kasih cinte sebab tolong kurangkan sakit.. Tapi cinte jahat sebab ejek orang! Org lari bwk diri turun bawah main dengan kucing yang tak bertuan. Tunggu cinte turun untuk pujuk. And and and, my dream COMES TRUE! Syg awak lebih la cinte!

   So, hari ni kat office macam biasa.. Kerja banyak la jugak. tapi curik masa utk melakukan activity saringan. Bersosial secara virtual. Best..! Tapi lately aku dah boring berfb dan lain2. Twitter lagila. Kenape ye?? Hapdet belogg pulak? Harem.. Tapi tadi tiba2 rasa mcm nak merapu, so.. lets blogging!

Tapp tapp tapp tapp tapp.....! Tapp tapp tapp tapp tapp.....! Tapp tapp tapp tapp tapp.....!

   Ok, cukup2 menaip. Ibu jari juga semakin membengkak menbiru membuntal. Jadi. tunggu jari dah baik, kite sambung merapu. Nak bagitau kat semua manusia, aku syg family aku, dan kini aku mencintai si cinte sepenuh jiwa. Cinta, org syg awak byk2 taw, mucho! I love the way you are cintekuh. Balik nanti nak huggs ok!...


:: nooraiysah ::

No comments: