Thursday, February 10, 2011

:: Overtime di pejabat

Tapp tapp tapp...

Macam biasa beriya2 menaip kat kibod pc kat meja aku. Jam dah 6.41pm.. Hari ni aku ot sampai pukul 7.
Malas nak balik rumah awal2, sebab bosann.. Laptop pun da jahanam. Sape pun takde kt rumah..
Haish... The boringgg become greater.. 

Tapi best, cinte da bagitau nak ajak pegi Klang lepas dia balik dari office jap lagi. YEAY! Rindu cinte..

Haa, ni hasilnye daripada kerja OT hari ni....

Main tukar2 profile pic. Hehehe... Cantik! Pada pandangan mata aku le..


:: nooraiysah ::

Tuesday, February 8, 2011

:: Noor Baitul Hajar



Kecil, Molek, Fragile, Halus, Lembut, She is soooo Baby...
KOCIKNYE! Takut nak pegang!


The 3rd generation of gedikks family and the second niece of me.


Here she is ; Noor Baitul Hajar Binti Mohammad Faizal.
( Broken English? Do I care ?? )


:: nooraiysah ::

:: Indahnya Saat Itu

Bergelak ketawa tanpa kerisauan, berlari keliling rumah berkaki ayam, membuat sepah di ruang tamu dan macam-macam lagi. Tiba-tiba ada yang menangis berebut mainan, bergaduh ataupun tak sependapat. Ahaaai... Indah dan bahagianya saat kanak-kanak. Tiada masalah hidup yg perlu difikirkan.

     Bangun pagi mandi, makan, basuh kasut sekolah, tengok tv, tidur, bermain sehingga kelelahan. Indah! Memang indah.. Zaman tersebut belum ada lagi kecanggihan alatan elektronic yang boleh digunakan untuk merakam saat2 manis tersebut. Camera digital, camera handphone, facebook, blackberry dan bermacam-macam lagi. Jikalau ada pun, belum meluas penggunaannya. Lagikan keluarga aku yang sederhana. Belum terlintas untuk memiliki alatan tersebut. Jika tidak, dah tentu banyak kenangan masa silam yang boleh dipertontonkan oleh anak-anak dan diri sendiri untuk mengubat rindu zaman kanak-kanak.. Syahdunya.... :'(

     Bila tiba cuti panjang hujung tahun, itulah erti kegembiraan sebenar bagi kitorang. Bermain pagi petang siang dan malam tanpa henti tanpa jemu tanpa paksaan. Berhujan berpanas berjemur berkubang. Wahh, makin merindui detik2 indah itu.. Main guli, belon acah, teng teng, semunyik ibu, rounders, kejar2, slipa toyol.. Sungguh nostalgic la....

     Tapi, itu sume memang kenangan semata2. Indah semuanya indah. And time2 macam ni la rasa mcm nak sangat alat return masa yg doraemon ade tu. Pakkal je doraemon tu kartun semata2, kalau aku nak turn back time masa aku first day sekolah darjah satu. Suwittt... haahaha, rambut tocang dua.

    Sekarang ni, bangun pagi je dah terfikir untuk hari esok. Masa depan, nak ade kereta sendiri (kereta da ade), nk ade rumah sendiri (otw), nak kawen, nak besarkan anak... Haih..... Cepat betul masa berlalu. Rasa macam baru je result UPSR keluar. Tiba2 dah umur 21... Sighhhh.

    Anyway, aku sekarang pun happy dengan kehidupan aku. Walaupun jauh dari mak ayah and adik dua org tu, maru maruan dan kucing2 lain, kt sini tetap ade org2 tercinta dan tersayang yg selalu ada untuk aku. THANKS ALL..



:: nooraiysah ::

Monday, February 7, 2011

:: Di Sana Sini, Kami ( Chamang Waterfall, Bentong )

This is the first and the latest event with Waja Performance Club on this 2011 . Actually Im not really happy with this event, because Im not in my mood. My real mood is fly away. So, just pretending that Im happy to join this activity during CNY 2011 with all WPC's Members. [Akibatnyat? Haahah, makan adalah sangat banyak]. Why my mood is swing? Because I can't go back to my parent house to spend a good time with them during this CNY. (bored) Sigh.... 



:: yg ni schapasta ::

:: Sempurnakan Hidup

Dah dekat setahun. Aku tak pernah tulis panjang jela-jela. Tak sempat sebab banyak assignment dan kerja pejabat, kadang-kadang buat aku mual dan sakit perut. Baru-baru ni, benda paling besar berlaku dalam hidup aku. Tak pernah berlaku sebelum ni, tapi benda tu sangat memberi impact. Semua aktiviti harian berubah bertukar seiring peredaran zaman. Tiada lagi suara mak untuk kejut aku bangun pagi, tiada lagi halau kambing petang-petang, tiada lagi kedai wak cok, tiada lagi omelan mak suruh sembahyang bila masuk waktu, blab blab blab....  Ape benda besar sgt seperti yang digebang2kan tu? 
haaa ; aku telah tak tinggal dengan mak aku lagi.. Aku dah tak duduk jb lagi...

    2011 dah nak masuk bulan yang kedua. Aku dengan hidup aku yang bahagia tanpa menghiraukan masalah orang lain. Taknak fikir benda-benda yang mengusutkan minda, malas nak ingat kenangan lama yang menyakitkan jiwa, nak buang jauh-jauh benda yang dah jauhhh aku tinggalkan.

   Sekarang aku bergiat berhuru hara untuk mengejar masa depan yang indah. Juga berungkus lumus untuk mencorakkan kembali kehidupan yang baru supaya lebih sempurna dan bahagia hendaknya, tanpa perlu berdolak dalik dan penuh keplastikan seperti yang kebanyakan orang kaya buat. Kenapa? Sebab aku tak kaya. Tapi aku ada segalanya untuk hidup dan aku gembira kan sayang?

   Mestilah gembira. Mak ada, ayah ada, along ade, kak pia ade, syapique ade, angah ade, kak murni ade, baitul ade, ikin ikan ikun ade, kakak nyongel ade, aus mancung ade... Sempurnalah hidup ini dengan kehadiran yang tak pernah putus-putus oleh ahli-ahli tingkap keluarga tersayang sekalian. Dan dan dan... Sesungguhnya kesempurnaan itu telah dimantapkan lagi oleh si cinte yang saban hari membuat aku semakin riang tertawa gembira sehingga terlupa kisah silam yang sangat menyayat hati sanubari. Terima kasih keluarga, terima kasih cinta...

   Sekarang, dengan rumah baru, kehidupan baru, kerja baru, office baru, suasana baru, aku menginginkan perubahan yang besar yang memberi makna dalam kehidupan aku yang telah mencecah 21 tahun ini. Indah bukan apabila setiap pagi pergi kerja mendapat kucupan sayang dari yang tercinta di dahi tanda merestui hari kita. Salam sambil mencium tangannya tanda hormat yang teramat kepadanya.. Balik keje dia adalah org pertama yang kite jumpa. Pergi dan balik dihantar si dia.. Itu aku mahu. Aku mahu dia..

   Hmmmph... Rindu mak. CNY tak balik Johor. Sebab tolong along pindah rumah. Rindu mak. Rindu semua kat KMJ. Sayang, nanti cuti panjang sikit kite balik JB ok. Org kangen dah kat kmj tuh. ok? Tapi, dua tiga hari ni kelopak mata belah kiri ni tergedik3 macam tuan dia. Kenapa ek? Semalam dah dapat satu; jari tersepit pintu kereta. Boleh tahan sakit sampai nangis. Nasib baik si cinta ada.. Terima kasih cinte sebab tolong kurangkan sakit.. Tapi cinte jahat sebab ejek orang! Org lari bwk diri turun bawah main dengan kucing yang tak bertuan. Tunggu cinte turun untuk pujuk. And and and, my dream COMES TRUE! Syg awak lebih la cinte!

   So, hari ni kat office macam biasa.. Kerja banyak la jugak. tapi curik masa utk melakukan activity saringan. Bersosial secara virtual. Best..! Tapi lately aku dah boring berfb dan lain2. Twitter lagila. Kenape ye?? Hapdet belogg pulak? Harem.. Tapi tadi tiba2 rasa mcm nak merapu, so.. lets blogging!

Tapp tapp tapp tapp tapp.....! Tapp tapp tapp tapp tapp.....! Tapp tapp tapp tapp tapp.....!

   Ok, cukup2 menaip. Ibu jari juga semakin membengkak menbiru membuntal. Jadi. tunggu jari dah baik, kite sambung merapu. Nak bagitau kat semua manusia, aku syg family aku, dan kini aku mencintai si cinte sepenuh jiwa. Cinta, org syg awak byk2 taw, mucho! I love the way you are cintekuh. Balik nanti nak huggs ok!...


:: nooraiysah ::